Renungan

Renungan

25 November 2013

#DariMejaEditor Isu Desember - Kahwin Muda dan Persediaan ke Alam Pernikahan

Assalamualaikum,

Para pembaca sekalian, pada bulan Disember ini, admin merancang untuk menulis isu Kahwin Muda dan Persediaan ke Alam Pernikahan. Harap- harap isu kali ini akan memberi banyak manfaat kepada muda- mudi yang kebanyakannya memang mempunyai cita- cita untuk bernikah. Bernikah bukanlah suatu perkara yang mudah atau boleh dipermudahkan. pelbagai persiapan perlu dilakukan, Bukan hanya berkisar kepada modal majlis sahaja, tetapi lebih meluas kepada persiapan mental dan fizikal.

Kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman atau pendapat, boleh juga inbox ke mrbkofficial@gmail.com dan mention admin di ruangan komen post ini. terima kasih.

2 comments:

  1. usia perkhawinan saya baru mencecah setahun. saya berkhawin pada usia muda iaitu 22tahun dan suami 23tahun. benar, berkhawin muda memerlukan persiapan mental dan fizikal. pasangan perlu matang dalam menyelesaikan apa-apa masalah berkenaan rumahtangga. suami isteri harus saling tolong menolong, bertolak ansur, bijak dalam menguruskan duit untuk keperluan harian. tidak dinafikan zaman sekarang ramai yang berkhawin muda. dunia sekarang ramai dikelilingi ibu dan ayah muda. saya masih lagi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. alhamdulillah saya bahagia bersama suami walaupun masih belum ada khabar gembira ini lagi.saya seru pasangan muda diluar sana untuk berkhawin muda. hidup anda akan lebih bahagia.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, rezeki kamu dapat berkahwin muda. beristiqamahlah mencari ilmu kekeluargaan kerana ilmu merupakan salah satu medium menuju bahagia. saya doakan yang terbaik untuk kamu berdua. tentang rezeki cahaya mata, in sya Allah ada rezeki kamu berdua. ingatlah cahaya mata itu rezeki, amanah dan ujian dari Allah. semoga menjadi keluarga seperti cara rasulullah. in sya Allah kelazatan dunia dan akhirat seiring.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca. Teruskan membaca artikel yang lain.