Renungan

Renungan

1 December 2013

#Tips Cara Hilangkan Bau Najis Haiwan

Assalamualaikum, 

Saya pasti ramai yang runsing mengenai bau hancing pada cadar, kusyen dan fabrik, lebih- lebih lagi yang gemar membela haiwan peliharaan atau pet. Perkara seperti ini selalu terjadi dan menjadi dilema ramai orang bagaimana untuk menyucikan kembali fabrik yang sudah terkena najis haiwan.



Agaknya bagaimana ya untuk menghilangkan bau- bauan tidak menyenangkan memandangkan antara syarat wajib untuk sucikan najis adalah menghilangkan warna, bau dan rasanya. hmm~ payah ni. Sudah dibasuh tidak juga hilang! Sudah disembur Febrize pun tak menjadi. jemur berkali- kali, AHH!!! Tak jadi juga... Bagaimana ni???

Alhamdulillah, pagi tadi seorang rakan saya di Universiti telah berkongsi tips yang dirasakan boleh menjadi. Jadi, sila print, print screen artikel ini atau catatkan di buku conteng anda!

Pertama, sila sediakan dan ikut tertib/ langkah ini:

 2 sudu besar soda bikarbonat > 2 sudu besar cuka masakan > 1 sudu besar sabun cecair basuh pinggan > 350 ml air suam

Campurkan semua bahan di atas ke dalam bekas foam dispencer, goncang sehingga bahan tadi bertukar menjadi buih kemudian foamkan (buih) ke atas tempat yang terkena kencing. Biarkan 2 hingga 4 minit kemudian gosok dengan span atau kain. Setelah hilang bau barulah bersuci.

hasilnya seperti ini

Kedua, pastikan anda membilas/ mengelap kembali tempat yang terkena najis tersebut dengan kain basah yang suci dari kotoran, dengan air suci.

Ketiga, pastikan ia suci dalam tiga keadaan iaitu bau, warna dan rasa. Sila juga pastikan anda mengeringkan kawasan tersebut.

SELAMAT MENCUBA!!!


Sekian, Terima Kasih.


kredit: Rosli Ahmad & Sarahana Mohd.

26 November 2013

#PreviewBuku Majalah i Bil 134 Isu December 2013 Bercinta Selepas Nikah

Assalamualaikum,


Di sini penulis ingin berkongsi preview mengenai Majalah i. Memandangkan isu Disember ini pendekatan penulis adalah mengenai Kahwin Muda dan Persediaan ke Alam Perkahwinan, maka penulis merasakan setiap pembaca perlu membeli majalah ini sebagai pencambah minda dan ilmu mengenai alam rumahtangga.

Menyebut mengenai rumahtangga pasti akan memberikan ekspresi berbeza pada setiap individu. ada yang tersenyum, ada yang tersipu- sipu dan ada yang kurang berminat.

Pendekatan Majalah i kali ini mengundang penulis untuk membelek, seterusnya membeli majalah ini. Bercinta Selepas Nikah, isu yang agak menarik perhatian. manakan tidak, penulis sendiri telah banyak kali 'diusik' mengenai soal nikah. Aduhai, ilmu masih kurang, makin dituntut rasanya makin rasa rendah diri kerana agungnya ilmu- ilmu Allah.
Ramai bersangkaan kalau hendak menikah, perlu hadir rasa cinta dahulu. Janggal pula bernikah dengan orang yang tidak dikenali. Maka menjadi budaya masyarakat kita juga terikut- ikut dengan budaya jahiliah dengan bercinta dengan bukan ajnabi.

Apa yang menarik mengenai Majalah i kali ini ialah pada sudut Mimbar Utama turut memuatkan nukilan Tusn Guru Dato' Nik Abdul Aziz dalam tajuknya berjudul Bercinta Selepas Nikah. TGNA turut berkongsi ilmu dan pendapatnya mengenai Pemilihan Calon Isteri dan Adab Merisik Wanita Yang Ingin Dinikahi.

Saya mengakui Malaysia sangat penuh dengan warna budaya, sehinggakan budaya meminjam peradaban dan tradisi telah menjadi alat penyatuan bangsa. Menerusi majalah ini juga pembaca juga akan didedahkan dengan amalan dalam perkahwinan Melayu yang merupakan bidaah dalam perkara nikah dalam artikel Bid'ah Dalam Perkahwinan.

Banyak lagi isu menarik yang dibincangkan dalam Majalah i kali ini. Penulis yakin pembaca sekalian akan menikmati ilmu yang dikongsikan menerusi majalah ini. Dapatkannya di pasaran.

p/s: bersiap sedia untuk alam perkahwinan. Persiapan ilmu, mental dan fizikal.

25 November 2013

#DariMejaEditor Isu Desember - Kahwin Muda dan Persediaan ke Alam Pernikahan

Assalamualaikum,

Para pembaca sekalian, pada bulan Disember ini, admin merancang untuk menulis isu Kahwin Muda dan Persediaan ke Alam Pernikahan. Harap- harap isu kali ini akan memberi banyak manfaat kepada muda- mudi yang kebanyakannya memang mempunyai cita- cita untuk bernikah. Bernikah bukanlah suatu perkara yang mudah atau boleh dipermudahkan. pelbagai persiapan perlu dilakukan, Bukan hanya berkisar kepada modal majlis sahaja, tetapi lebih meluas kepada persiapan mental dan fizikal.

Kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman atau pendapat, boleh juga inbox ke mrbkofficial@gmail.com dan mention admin di ruangan komen post ini. terima kasih.

20 November 2013

Kisah Allahyarham Ahmad Ammar Bin Ahmad Azan, Pemuda Beribawa dari Malaysia

Assalamualaikum Para Pembaca.

pada hari ini saya agak 'tersentuh' mengenai berita seorang pemuda Malaysia yang dikhabarkan sebagai seorang daie yang mulia dan syahid di Turki. saudara tersebut ialah Ahmad Ammar Ahmad Azam. pada mulanya saya tidak kenali siapa dia ini, sehinggakan Prof. Mohammad Agus sendiri dan pelbagai orang terkemuka bercerita mengenai beliau. Subhanallah, beliau diangkat dan kematian beliau juga diangkat sebegitu mulia sehingga dipermudahkan. berikut merupakan beberapa catatan yang saya kutip dari Facebook:

Dari Prof Mohammad Agus Yusoff,

Menonton video ini menginsafkan saya. Di usia yang masih muda, arwah pergi meninggalkan kita. Beliau menninggalkan legasi sebagai seorang pejuang dan sukarelawan yang sukar dicari ganti. 
Moga Allahyarham ditempatkan oleh Allah dalam golongan orang yang beriman di syurgaNya. Amin.


Dari saudara Pakar Diari Hati,
Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.
Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.


Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Alfatihah
Saudara Ammar di tengah
Saya jadi kagum dengan peribadi beliau. inilah yang dikatakan sebagai insan yang mendapat doa dari orang yang tidak dikenali. jadi saya sendiri mengetuk biduk hati, seorang yang jauh lebih muda dari saya mendapat pencapaian dan pengiktirafan dari Allah. Maka nasihat pada diri, kejarlah Allah dengan sepenuh hatimu. Allah beri saya petunjuk dengan cara sebegini. Sungguh terkesan di hati. 

Al- fatihah buat Allahyarham, Moga beliau ditempatkan di kalangan kekasih Allah. Amin

19 November 2013

#PreviewBuku: Kitab- Kitab Panduan Solat

Assalamualaikum/ selamat sejahtera.

Hari ini editor ingin berkongsi koleksi kitab- kitab atau buku- buku mengenai panduan solat dan kitab fatwa mengenainya. solat merupakan tiang atau tunggak utama kepada umat Islam. seorang muslim yang baik perlu mengambil berat mengenai perkara utama dalam bab ibadat khusus umat Islam ini. Seorang Muslim berkewajipan untuk menyempurnakan ibadatnya, kerana salah satu sabda Nabi:

Jika inginkan dunia, dengan ilmu. Jika inginkan akhirat, dengan ilmu. jika ingin kedua- duanya, dengan ilmu.

Buku pertama yang ingin diperkenalkan ialah buku yang bertajuk Wuduk & Solat Mengikut Sunnah & Mazhab Syafie. buku ini dikarang oleh Abu Ruwais al- Syubrawi. 

Spesifikasi:

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-967-860-292-1
Halaman: ~448
Berat: 700 gram
Tarikh Terbit: 13 Mac 2007


Sinopsis
Mazhab utama pegangan umat Islam di Malaysia adalah Mazhab Syafie. Pengasasnya, iaitu Muhammad bin Idris al-Syafie merupakan seorang yang alim lagi warak terhadap ilmu agama yang diterima dan disampaikan. Sebab itulah beliau mempunyai ramai pengikut. Antaranya umat Islam di Malaysia. 

Bagi memantapkan lagi pengetahuan tentang isi kandungan yang terdapat dalam kitab-kitab muktabar mazhab itu, penulis buku ini mengkaji dan mengumpulkan pendapat para ulama bermazhab itu sebagai panduan buat para pengikutnya. Pastinya setelah membaca buku ini, seseorang yang bermazhab Syafie akan dapat beramal dengan penuh yakin.

Buku ini membincangkan tentang solat dan perkara lain yang berkaitan dengan solat seperti wuduk, tayamum, bersuci, sapu khuf, bersugi, najis, jenis air dan sebagainya. Ia diambil daripada berbahasan yang dibuat oleh para ulama bermazhab Syafie seperti Imam Syafie sendiri, al-Muzanni, a-Nawawi, Ibn Katsir, Ibn Hajar dan ramai lagi yang lain.

Mudah-mudahan dengan adanya buku ini, umat Islam yang bermazhab Syafie di Malaysia dapat beramal dengan hujah dan dalil para ulama muktabar mereka. Bukan ikut-ikutan semata-mata.
..........................................................................................................................................
Buku kedua pula ialah Fatwa Panduan Solat, iaitu merupakan koleksi fatwa yang dilengkapi dalil daripada al-Quran, hadis dan pendapat ulama terkemuka ini mampu menyelesaikan segala persoalan dan memberi manfaat kepada seluruh umat Islam.. Buku ini diselenggara oleh Abu Ruwais Al- Syubrawi.

Spesifikasi:
Harga: RM 18.00
ISBN: 967-860-262-8
Halaman: ~432
Berat: 600 gram
Tarikh Terbit: 9 Mei 2006

Sinopsis
SOLAT adalah ibadah dan tiang agama paling penting. Meninggalkan solat seolah-olah seorang Muslim itu meninggalkan agamanya. Muslim sejati wajib menghampirkan diri kepada TUHANnya. Ini kerana, saat paling hampir seorang hamba dengan TUHANnya adalah ketika solat. Oleh itu, Muslim sejati wajib mengetahui hukum-hakam berkaitan ibadah paling istimewa ini agar dapat melakukannya dengan sempurna ketika berada di hadapan TUHANnya. Sabda Nabi s.a.w:

“Solatlah kamu sepertimana kamu telah melihat aku mengerjakan solat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dan Ahmad.

Selain itu, solat yang tidak sempurna rukun dan syaratnya mungkin tidak diterima atau hanya mendapat beberapa bahagian pahala mengikut perkiraan ALLAH. Ini bermakna, kita tidak boleh melakukannya menurut kehendak nafsu semata-mata tanpa ilmu yang sahih dan tepat berkaitan solat. 

Pada hari ini, kebanyakan umat Islam banyak melakukan kesilapan dalam solat disebabkan kejahilan. Namun, sebahagian mereka masih lagi ego dan memandang remeh perkara ini. Akhirnya, solat itu sendiri tidak mampu mengubah mereka menjadi Muslim sejati. Paling merugikan sekiranya solat itu langsung tidak dinilai oleh ALLAH.
..........................................................................................................................................
Buku pilihan ketiga pula bertajuk Fatwa Kemusykilan Solat. buku ini dilengkapi dengan persoalan- persoalan dari sekecil- kecil perkara kepada persoalan terbesar mengenai solat. Buku ini diselenggara oleh Azizah Mat Isa.

Spesifikasi:
Harga: RM 18.00
ISBN: 967-86-0265-2
Halaman: ~416
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 23 Mei 2006

Sinopsis
Solat merupakan tanggungjawab yang wajib dilakukan dalam kehidupan seharian. Ia merupakan tanda ketaatan dan kepatuhan seseorang kepada perintah ALLAH dan Rasulullah s.a.w serta agenda utama yang akan disoal di akhirat kelak.

Umat Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar solat yang dilakukan diterima oleh ALLAH. Segala permasalahan dan kemusykilan dapat diselesaikan jika benar-benar memahami konsep. rukun, syarat dan cara-cara yang bertepatan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Dalam menunaikan solat, pastinya umat Islam menghadapi pelbagai kemusykilan yang boleh mencacatkan solat tersebut. Fatwa Kemusykilan Solat merupakan sebuah buku yang menghimpunkan perlbagai kemusykilan atau masalah-masalah berkaitan solat. Huraian fakta yang jelas disertai dalil yang sahih daripada al-Quran dan sunnah menjadi pelengkap utama buku ini.

Buku ini juga memuatkan keterangan terperinci berkaitan permasalahan yang timbul di dalam menunaikan solat-solat sunat seperti solat sunat hari raya, solat gerhana, solat istikharah dan lain-lain.

Ia memudahkan umat Islam mendapat jawapan segera terhadap apa jua kemusykilan dan bagi yang tidak bermasalah pula, dapat menambahkan ilmu pengetahuan untuk diamalkan. Mudah-mudahan buku ini menjadi rujukan utama para pembaca yang inginkan solat yang berkualiti dan diterima oleh ALLAH.

untuk mendapatkan buku ini anda boleh dapatkannya di laman sesawang Alaf 21 iaitu alaf21.com.my.

Moga artikel ini bermanfaat. artikel ini bukan iklan tajaan. moga perkongsian ini mendapat berkat dari Illahi.

p/s: Risau tengok ramai umat Islam hari ini tak kiralah muda atau tua yang tidak sempurna sifat solatnya. Tuntutlah ilmu kerana itu amanah Allah dan rasulNya.

18 November 2013

#kisahtauladan Mak Relakan Kau Pergi

Assalamualaikum, kisah ini saya pernah ambil dan simpan dari ruangan facebook. mengisahkan mengenai coretan memori kasih sayang ibu kepada anaknya Allahyarham adik Iqbal Fahreen, yang meninggal dunia pada usia masih kecil. kisah ini adalah kisah benar. Al-fatihah buat beliau dan takziah dari saya buat ibu bapa beliau. kisah ini telah lama saya simpan, sengaja kali ini saya keluarkan sebagai satu tatapan buat pembaca, agar terdetik di hati mulianya kasih sayang seorang ibu bapa kepada anaknya. selamat membaca. kredit kepada penulis asal, saya tidak menyimpan rekod siapa penulisnya. semoga Allah merahmatinya. Amin.  

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


p/s: saya tidak faham mengapa sekarang makin ramai remaja yang terlalu outspoken sehingga tergamak mencaci ibu bapa di ruangan sosial. Ya Allah, selamatkan umat dari kalanganku dari dosa derhaka kepada ibu bapa.

16 November 2013

Cinta, dan Couple

assalamualaikum,

Hari ini editor akan post pasal cintan- cintun. Ha???? Apa sudah jadi??? Apakah sesuai untuk blog sebegini? Adakah relevent untuk perbatasan sebagai mukmeen?

Cakap pasal cinta saja semua menggelabah... mulalah fikir yang bukan- bukan. Asal cakap fasal bercinta saja mesti fikir couple. Eh? Betul la editor nak cerita fasal couple ni.

Ramai dah tahu perkara couple adalah tidak dibenarkan serta jauh menyimpang dari ajaran Allah. tapi mengapa buat? alasannya jodoh atau sebagai langkah pertama ke jinjang pelamin... hmm, agak- agaknya boleh ke dibincangkan di sini? ha, mari kupas bawang... eh bukan, kupas topik...

Barangkali ada yang mendengar hujah bercouple tu haram. "haram? but why???" sebenarnya, tidak salah bila hati berputik perasaan suka/ cinta terhadap sesama makhluk. Tapi, ramai yang lupa, hukum pergaulan, ada batasan. agaknya, disebabkan kurang/ tiada rasa malu pada diri, orang lain, mahupun pada Tuhan, ramai dalam kalangan kita tidak kalut melakukan perbuatan sumbang... bukan punya sikit sumbangnya.


Allah melarang kita menghampiri zina melalui salah satu firmannya yang bermaksud 
".. jauhilah zina, kerana zina adalah seburuk- buruk jalan..."
Melalui firman tu dapatlah kita faham bahawa, menghampiri jalan zina pun dihalang, apatah lagi zina. apa tu perkara- perkara menghampiri zina? ha... yang ini ramai yang lalai, atau ambil tak tahu saja... contoh jalan menuju zina itu macam SMS, chatting, surat- menyurat, dating, call dan lain- lain. jadi, apakah menghampiri zina ini termaktup kepada couple sahaja? oh tidak.... menghampiri zina ini terbuka kepada yang bukan mahram... ha, dah macam syarat pertandingan pula, siap ada terbuka kepada pula tu...

"agak- agak la der..."

bukan main lagi dia... mengalahkan belangkas. berkepit sana- sini, berpegang- pegang tangan, berpeluk- pelukan, bercumbu, dan lain- lain ( lu pk la sendiri...) ada pula sampai terlanjur dan membenarkan pasangan menyentuh bahagian- bahagian yang tidak sepatutnya...

Masyarakat kita meninggalkan kelaziman Islam. Dari segelintir, bertukar menjadi bencana apabila menjadi kebiasaan. Namun yakinlah, pintu taubat dan kemaafan masih terbuka jika berkehendak dan bersungguh- sungguh.

Mungkin inilah yang dilupakan ramai orang... Silaturrahim & hubungan yang baik dan sah dapat memberikan ketenangan jiwa dan mampu mencegah kemungkaran. kerana itulah betapa indahnya cinta dalam perkahwinan.

Barangkali ada yang tidak tahu atau lupa, perempuan yang baik untuk lelaki baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan baik. Ini bukan karma, tapi itulah ketentuan dari Allah. Rumahtangga yang aman dan bahagia datang dari pasangan yang bertakwa. Mungkin kita tahu perkataan takwa... Lancar menyebut, tapi tidak memahami makna.

Sedangkan makna Taqwa, seperti kata Imam An-Nawawi, adalah “Mentaati perintah dan laranganNya”. Sehingga maksudnya adalah menjaga diri dari pekerjaan atau hal-hal yang mengakibatkan seksa Allah Azza wa Jalla, baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya. Orang yang tidak menjaga diri nya dari perbuatan dosa, berarti dia bukan orang yang bertaqwa. Taqwa itu sendiri mencakup tiga tingkatan:

1. Menjaga hati dan anggota tubuh dari perbuatan dosa dan keharaman. Apabila seseorang melakukan hal ini hatinya akan tetap hidup.
2. Menjaga diri dari perkara-perkara yang makruh/dibenci. Apabila seseorang melakukan hal ini hatinya akan sehat dan kuat.
3. Menjaga diri dari berlebih-lebihan -dalam perkara mubah- dan segala urusan yang tidak penting. Apabila seseorang melakukan hal ini hatinya akan diliputi dengan kegembiraan dan sejuk dalam menjalani ketaatan.

Rasanya di dalam jiwa kalau tak ada rasa takwa, maknanya dah tercabut nikmat keimanan yang sering kita ucapkan di bibir.


dan 

Ingatlah pesan ini, syurga dan neraka diciptakan untuk orang yang benar- benar menginginkannya... jadi, apa lagi, pilihlah yang mana satu... syurga ATAU neraka?

renung- renungkanlah...

p/s: bukan tak nak couple... tapi takut tak mampu mangawal diri... JODOH, in sya Allah akan tiba & mohon dipermudahkan...amin...




  • NAK CINTA? KAHWIN DULU BARU TAHU CINTA TU BAGAIMANA

#CeritaPendek Cinta Kerana Agama

Assalamualaikum,

wahai sahabat sekalian, rasanya sudah lama tidak menulis di blog ini. harap maaf, kekangan waktu dan ilham menghalang penulisan blog ini. menerusi post kali ini, saya akan berkongsi cerita yang saya pernah copy dari wall facebook, tapi maaf, saya tidak pasti siapa menulisnya. sebuah kisah pendek, in sya Allah, akan menyentuh hati dan perasaan semua. selamat membaca. credit to the original writer, may Allah bless you. amin. enjoy reading semua.

Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan.
Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada.
Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu.

Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.
Alice : Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A : Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice : (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A : Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice : Tapi..
Lelaki A : Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice : Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)
Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik.
Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.
Alice : Ha, ada apa erk?
Lelaki B : Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice : (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B : Saya…saya…
Alice : Kenapa? cakaplah..
Lelaki B : Saya jatuh cinta kat awak..
Alice : sebab?
Lelaki B : Perlukah bersebab?
Alice : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B : Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice : Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.
Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja.
Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa.
Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.
Alice : Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice : Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C : Ya, saya menyintai awak.
Alice : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C : (hanya mampu tunduk)
Alice : Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C : Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak,
harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana . Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak.
Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin,saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya.
Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice : (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice : Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia.Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. asalamu’alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian…

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.
Ibu : Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif : Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu : Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia.
Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif : Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia.
Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu : (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia.
dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif : Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu : Nur Alissa Zakiyyah…

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas.

Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..

entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman.
Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.
Akif : Assalamu’alaikum.
Alissa : Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif : Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa : Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif : ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa : Hum.. akhirnya…
Akif : (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa : Ya.
Akif : Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa : Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif : (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa : Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif : Alice…(terharu..)
Alissa : Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif : Sebab?
Alissa : Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…

16 October 2013

#NotaPendek Melangkaui Orang Sedang Bersolat

Assalamualaikum

untuk orang yang suka lalu depan orang yang sedang solat, inilah hujah yang sesuai untuk direnungi... jadi jangan terkejut bila anda lalu di hadapannya, anda dihalangi...

namun, adalah lebih baik mengerjakan solat dengan meletak batas (sutrah) sebagai tanda batasan kawasan yang tidak boleh dilalui...

Insya Allah akan datang saya akan mengupas detail mengenai perihal sutrah & perihal solat.

#NotaPendek Dalam Memanjakan Anak

Assalamualaikum

Berkata tidak, tetapi  berkata ya sekali- sekala kepada anak untuk setiap permintaan mereka.

Besederhanalah dalam memanjakan anak kerana mengajar anak kepada kemewahan berkemungkinan akan menghancurkan sifat tawada', rasa ikhlas dan sifat syukur anak.

Biarlah mereka merasa sedikit kesusahan mendapatkan sesuatu, tapi penuhilah kehidupannya dengan aktiviti bersama. Sesungguhnya anak-anak lebih perlukan masa, perhatian dan kasih sayang anda berbanding mainan yang dikehendakinya.

19 September 2013

Pencerahan Mindset- Andainya Begitu

Assalamulaikum, salam sejahtera dan salam bahagia buat pembaca muda mudi yang dikasihi Allah.

selawat dan salam kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabt baginda. apa khabar? semoga semua sihat belaka.

hari ini saya ingin menyampaikan tulisan dari ilham yang diberikan kepada saya. ilham ini adalah kefahaman yang saya peroleh dari pendengaran ceramah serta bukan senang otak ini hendak mencerna kefahaman ya? setelah kita tersesat dalam kekusutan otak, bagaikan menempuh hutan belukar yang luas, akhirnya terpancar cahya di sebalik rimbun- rimbun pokok- pokok yang melangit. subhanallah. sepayah itu ke? wallahua'lam, maha suci Allah & hanya Allah sahaja yang memahaminya.

"Cemburunya Orang itu Lebih Berjaya & Bergaya!..."

perasaan di kala melihat orang lain begitu berjaya sngat menghimpit jiwa... "ya Allah rasa sempitnya hati aku ini!!! aku begitu iri hati melihatnya begitu senang hendak mencapai keinginan dan pencapaian sebegitu..."

mungkin itulah perasaan tatkala kita berhadpn dengan orang yang "senang" dan "bergaya" memperoleh sesuatu. jiwa jadi kacau... ahh!! aku juga mahu begitu... tapi...." ha, tapinya itu yang panjang. ada orang memang ada diberikan kelebihan oleh Allah untuk dapatkan sesuatu." kalau orang ada, kita pun boleh ada... kacang je bro..." tapi bagaimana pula dengan orang yang tidak mudah mendapatkan sesuatu??? ha... tapi yang panjang tadi tu, mungkin akan berbisik di hatinya cemburu, malah melemahkan imannya.. masa ni lah syaitan senang nak attact... "ala, kau ni bukan special mana pun... Allah tak bagi, ko rasa fair ke?.." mungkin begitulah bunyinya... maha suci Allah, moga kita dijauhkan dari sangka buruk sebegitu, ye tak?

jadi mindset kita ni perlu lalui pencerahan. apa itu pencerahan? pencerahan yang dimaksudkan ialah kita perlu berdiskusi dengan akal dan hati kita melalui penyelesaian yang baik. manusia yng normal pasti sukakan kebaikan. jadi ke manapun dia dicampakkan, pasti dia akan hendakkan kebaikan untuk dirinya.
ha... di sini ada yang confuse. hati yang baik dia rasa kebaikan yang dia mahukan mesti terarah dan betul. "eh yang ini baik untuk aku, baik ke menurut agama?" jadi orang yang kurang sihat hatinya pula akan tercemar dengan kepentingan diri sendiri.

jadi kita yang hendakkn kebaikan itu ada perlu ada pencerahan sebegini. bila kita lihat ada orang yang jauh lebih berjaya & bergaya, sepatutnya kita bermuhasabah. "eh eh, kenapa ye orang tu lebih berjaya dari aku? padahal kami sama- sama kuat berusaha.." mungkin itulah kata- kata adik- adik remaja kita yang masih bersekolah lagi. perlu juga diingatkan bahawa sesebuah kehidupan itu telah ditetapkan jalannya oleh Allah lagi sejak sekian lama. plot hidup kita memang Allah sudah tahu. jadi peranan kita sebagai hamba ni, lakukan yang terbaik, berpandukan Al-Quran dan sunnah, perlu juga ditambah dengan ilmu- ilmu yang lain, tetapi paksi utama kita perlulah ingat 2 tujuan utama kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini.

rasa- rasanya susah ke? ya, susah, tetapi Allah maha pemurah dia beri pula kita petunjuk iaitu Al- Quran dan diberikan pula insan mulia untuk umat akhir zaman ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W untuk mengajar kita sayariat dan sunnah, iaitu ajaran- ajaran dan amalan- amalan terbaik untuk umatnya.

rasa susah lagi?

"ala bang, kita malaslah nak baca Quran... nak study Hadith, sejarah Islam.."

adik, kalaulah malas, manakan ingin berjaya. rujuk balik perenggan- perenggan di atas. anda cemburu kan melihat rakan- rakan lebih berjaya?

abang ada 2 prinsip yang abang pegang sampai kini.

[1]  rezeki itu Allah punya. kalau Allah nak beri, itu hak Allah. kalau tak, itu tetap juga hak Allah. jangan risau pasal putus suap. tahu pa itu putus suap? putus suap tu putus rezeki la... dunia ni Allah yang punya, kita yang makhluk kecil ni, Allah punya. yakinlah, Allah ada plan special untuk kita. jangn takut, rezeki ada di mana- mana. cuma ingat, Allah juga berfirman, Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, melainkan dia mengubahnya sendiri. baik kan Allah? sanggup beri kita jaminan jika kita berusaha.

[2] makin kita memberi, makin kuat balasan. ha, yang ni super special... "lelong lelong lelong!!!" mungkin itu yang kita nak dengar dari mulut penjaja. kalau mak- mak kita pergi Emporium mesti berkejar kalau handbag idaman dijaja murah. begitu juga Allah, terang- terangan Allah dah berjanji hendak gantikan apa yang kita berikan, malah Allah berikan istilah 'pinjaman' walaupun Allah yang beri kita rezeki. kalau hendak rezeki lagi murah, maka murahkanlah hati beri pertolongan kepada yang memerlukan. lagi afdal bila kita memberi kepda orang yang betul- betul perlukan. ya Allah, ganjarannya kita boleh rasa di dunia lagi.

seorang rakan saya pernah berkongsi petua beliau. subhanallah, beliau kata bila kita rasa susah, lagilah perlu kita sedekah. insya Allah bila kita kusut, Alah akan permudahkan. bila kita susah, Allah permudahkan.
beliau tambah pula lagi kalau ada saja yang tak kena, ni mesti ada buat salah ni. mungkin rezeki tak berkat. maka dia akan segera bersedekah. subhanallah. saya bertuah kerana dapat berjumpa sahabat sebegini. rezeki ni, Allah tunjukkan jalan dan hidayah.

diri kita ni Allah ciptakan untuk sembahnya dan jadi khalifah di muka bumi ini. jadi banyaklah juga Allah tetapkan untuk kita jaga sepanjang hidup kita. antaranya ibu bpa, silaturrahim, syariat sunnah, maruah, nyawa, amanah, iman, tauhid, makan, minum kita dan lain- lain. jadi, saya juga mahu berpesan kepada diri saya ni supaya kekal fokus dalam tujuan hidup.

kalaulah difikirkan dosa- dosa lalu, memang banyak. jadi janganlah berputus asa untuk bertaubat dan perbetulkan kesilapan. tambahan lagi, kuatkanlah hati kita untuk takutkan Allah lebih takutkan manusia. jadi dengan itu, kita akan rasa hidup kita lebih terarah dan dijaga dengan amanah. kita berkewajipan & bertanggungjawab ke atas segala perbuatan kita. pedulikan kata- kata manusia, kerana cintakan Allah, rasul dan agama itu lebih utama.

janganlah ber "andainya begitu". perasaan sebegitulah yang akan membunuh jiwa kita untuk  

keep on moving.


11 September 2013

Ignorance is not a bliss

Read. Study. Knowledge.

3 simple words that mankind shall take heed of.

This is because knowledge is a powerful weapon that can change the course of mankind. History dictates that with great knowledge mankind evolved and civilization was build.

" Read! In the name of your lord who has created (all that exists)" [ Quran 96:1]

By reading, knowledge can be gained and through knowledge, light enlighten our path. Through knowledge we are able to be free from the current state of darkness.



But most of us choose to be ignorant. To us, ignorant is a bliss. We choose not knowing, we choose to be in the darkness, and we choose wrongly. This is because ignorant is not a bliss.

Without knowledge, we choose to be left behind, and without knowledge we choose not to grow.


One of the advice left by Imam Syafie

"Gain knowledge as much as you can since that it is knowledge that will make you succeed in this world and the hereafter"

A little bit about Imam Syafie, to those who wish to know. He is one of the four great Imams existed in mankind. These four great imams were born years after the death of the Prophet Muhammad s.a.w and his fellow companions. Imam Syafie came from the lineage of the Prophet Muhammad s.a.w himself from his father side. His real name is Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Uthman bin Syafie bin Sa'ib bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abd Manaf bin Qusai  al-Quraisy. He was called Syafie since that his face bears a striking resemblance of his great grandfather Syafie who is also said to resembled the Prophet Muhammad s.a.w himself.

Imam Syafie memorizes the Holy Quran at the age of 9. Then, he went to further his studies in the field of Quran, poetry, hadith, fiqh and others. He went travelling many miles and many days to Medina, Iraq and Egypt in order to gain knowledge. He was born poor, with his father died when he was very young, yet, his dedication and thirst for knowledge was so strong that he was not willing to give up in his quest to search for knowledge.

I was touch and inspired when I read his bibliography. It was evident that back then, it is truly difficult for you to study or gain knowledge. In comparison to today in the modern age, knowledge can be gain at the power of our fingertips. We have internet, digital books and libraries.We can easily 'google' anything that we want to know. Furthermore, with the current advance of technology, we can read and browse online wherever we go through our smartphones, tabs, ipads and others. Wherever we are, we can gain access and read articles, books and journals from international authors that came from various parts of the world. We can watch their online videos and youtubes.

Nowadays, knowledge is not scarce and hard to find as it once used to be. We do not have to travel many miles to study. Everything is within our fingertips. Yet, we choose to be ignorant because to us, ignorant is such a bliss. 

24 July 2013

Got a parking space?



Have you ever been in a situation where you are late for work or class and then you found out that your favorite parking space is taken? The next thing you know is that you have to park far away from the rest of the cars, in a very secluded and dangerous place which is not recommendable and safe for your car.

Or have you been in a situation where you are late for a lecture and your favorite seat is taken? Not only you have to bear the shame of being late to class where every eyes in the hall stares at you, you also have to seat far behind in the lecture hall.

If you have been in either of these situations, bear in your mind that this situation also implies for jannah.

Allah clearly stated in the Quran in Surah Al-Waqiah verse 10-14:

And those foremost [(In Islamic faith of Monotheism and in performing righteous deeds) in the life of this world on the very first call for to embrace Islam] will be foremost in paradise. [Quran 56:10]

These will be the nearest to Allah [Quran 56:11]

In the Gardens of Delight (paradise)  [Quran 56:12]

A multitude of those (foremost) will be from the first generations (who embrace Islam)  [Quran 56:13]

And a few of those (foremost) will be from the later generation [Quran 56:14]

The verses above clearly indicated that Allah actually indicated the ratio or percentage of people who will enter jannah. A multitude which is the large number of people who will enter jannah will come from the first generations of people who embrace Islam. It will be the people who came during the Prophet’s and the Khulafa Al Rasyidin era. This is during the golden age of Islam whereby abundance of people converts into Islam.

Only a few of the people who enter jannah come from the later generation. It has been approximately 1400 years since our beloved Prophet Muhammad pbuh left us from this world. We are the later generations that is indicated in the Quran. Only a few of us will be able to make it to jannah.

WE ARE REMARKABLY LATE FOR A PARKING SPACE IN JANNAH SINCE THAT ALMOST ALL OF THE SPACE IS TAKEN.

It is time for us to move on. This is not the time for us to reminiscence on the past. This is the time for us to make changes and grab every opportunity possible in order to secure a place for us in jannah. Remember, jannah come with a high price and only those who Allah specifically chosen will be able to secure their place there.

Let us be one of the few people who are able to secure a parking space in jannah!


10 July 2013

Apps Amalan Terbaik Untuk Ramadhan

Assalamualaikum. Hi readers, hari ini merupakan Ramadhan Pertama buat muslimin terutamanya di Malaysia.
Dalam kesempatan ini saya mengucapkan selamat beramal jariah dan selamat menjadi muslim sepenuh masa. Yelah manakan tidak, hanya di bulan ini kira akan lebih alert dan fokus terhadap halal dan haram. Ye tak? Kalau yang tidak mungkin bermasalah barangkali.


OK, dalam kesempatan itu saya ingin berkongsi beberapa application yang bersesuaian dengan tema Simple Mukmeen. Artikel ini sangat bersesuaian dengan pengguna smartphone.

Smartphone bukanlah perkara yang terlalu asing terutamanya golongan muda. Jadi bagi mereka yang memiliki smartphone ini, panjangkanlah kesyukuran kepada Illahi kerana diberi kesempatan merasai nikmat tersebut. Jadi, dalam mana kita memanjangkan kesyukuran itu, kita perlulah memaksimumkan penggunaan kepada perkara- perkara yang mendatangkan pahala.

Antara application yang terpilih kali ini ialah Digital Tasbeeh Counter. Application ini merupakan application paling simple kerana memuatkan button click dan reset. Kegunaan application ini menyamai gajet kiraan tasbih di pasaran, serta mampu menjimatkan kos dan ruang simpanan ada. Di bulan yag mulia ini dapatlah kita memperbanyakkan doa, tasbih dan selawat. Moga application ini dapat memperbanyakkan amalan kita seharian.Anda boleh mendapatkan application ini di Google Play secara percuma.

Application seterusnya ialah iQuran Pro. Sejak menggunakan smartphone, application ini telah menjadi pilihan saya. Application ini memudahkan pengguna kerana application ini menjadikan al-Quran boleh diakses, dibawa, dan disimpan dalam bentuk digital. Application ini juga membolehkan pengguna memuat turun audio bacaan alQuran oleh Qari- qari yang dikenali. Jadi, application ini membolehkan pengguna mengulangkaji taranum, tajwid, dan tafsir dalam satu application.

Tak lengkaplah smartphone seorang muslim tanpa application waktu solat. Application yang ingin saya perkenalkan ialah MySolat. Application ini memudahkan pengguna kerana memuatkan waktu- waktu solat, syuruk dan imsak. Untuk memuatturun application ini, pengguna boleh mendapatkannya di Google Play. Setelah download, pengguna perlu click pada download 》 pilih lokasi》 pilih daerah》 download bulan ini》set default.  Pengguna boleh download lebih daripada satu lokasi dan boleh set default mengikut lokasi yang diingini. Applikasi ini juga memuatkan kompas kiblat dan rujukan bagi solat jamak dan qasar.

Jadi saya mengharapkan perkongsian artikel kali ini dapat memberi maklumat yang berguna kepada pembaca. Sekian saja dari saya.

Assalamualaikum.
Razman Kamarudin

8 July 2013

Ayuh Kejar Pahala Ramadan

Ayuh Kejar Pahala Ramadan


Ramadan 1434 H semakin hampir beberapa hari sahaja lagi. Bagaimana persediaan kita menghadapi Ramadan pada kali ini. Adakah Ramadan kali ini sama seperti Ramadan yang dahulu. Hanya lapar dahaga dan menanti waktu berbuka selepas berkunjung ke bazaar Ramadan?

Akhlak Kita

Apabila menyentuh bulan Ramadan, pertama yang perlu kita tanamkan dalam diri ialah perubahan. Mungkin bulan ini istimewa dengan ganjaran dari Allah yang telah Allah janjikan. Selepas ibadah, perkara utama yang perlu kita utamakan ialah akhlak. Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan seharian. Akhlak juga membentuk diri manusia dengan sifat Mahmudah.

Ayuh Kejar Pahala

Mudah. Untuk memperolehi ganjaran Allah sangat mudah. Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung. 


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “telah datang kepadamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Allah telah fardukan ke atas kamu puasa Ramadhan, dibuka padanya pintu-pintu langit (pintu syurga) dan ditutup pintu-pintu neraka Jahim, diikat syaitan-syaitan yang paling jahat bagi Allah satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, maka ia diharamkan daripada segala kebaikan”. [Hadis sohih – Riwayat an-Nasaie]
Ibadah yang kita lakukan dengan ikhlas pada bulan Ramadan di beri ganjaran yang hebat dari Allah. Mudah bukan. Lihat betapa sayangnya Allah kepada kita. Sebagaimana juga pahala bersedekah berdasarkan hadis Rasulullah:

Nabi  صلى الله عليه وسلم ditanya; “Apakah sedekah yang afdal?” Jawab baginda : “Sedekah di bulan Ramadhan.” [HR Tirmiziy]

Mudahnya memperolehi ganjaran pahala di bulan Ramadan. Ayuh! Menjadikan Ramadan kali ini lebih baik.