Renungan

Renungan

7 July 2013

Entri Pertama dari Meja Editor

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera.

Ketika ini aku sedang menghadap laptop dengan tanpa bertemankan sesiapa, aku menulis entri ini. Entri ini merupakan entri pertama buat kami. Kami merupakan beberapa orang pemuda dan pemudi mengumpulkan semua idea dan pemikiran mengenai norma masyarakat. Kami berbeza latar belakang kehidupan. Ada yang muda, ada yang kian dewasa. latar kehidupan kami juga berbeza. Aku pasti dengan perbezaan yang ada akan mencorakkan kestabilan pemikiran antara kami.

Sedang dunia kian berubah, dunia kian menjadi  tidak munasabah. Bukan dikira pada perkara- perkar karut, tetapi secara amnya kita sudah mengakhiri penghujung dunia. Dalam beberapa hari yang lepas, aku meluahkan ayat ini di Facebook:

Adakah janji kiamat itu semakin memanggil? Di Timur sana semakin bergolak, sana sini berperang. Di sana ramai yang syahid, di sini ramai yg jadi munafik, fasik dan kafir. Tanyalah diri, adakah kita sedia turut serta jadi tentera Allah? Di suatu sudut yang lain, adakah kita bersedia untuk mati? Adakah kita bersedia untuk di hisab? Kuatkan barisan kita saudara... langkah pertama marilah tegakkan solat, kerana orang yang tidak mampu berdiri untuk solat tidak mampu untuk berjuang di sisi Allah.


Allah, lindungilah saudara2 mukmin di ‎#Gaza ‎#Palestine ‎#Syria. Muslim at‎#Malaysia ‎#Brunei ‎#Indonesia lets pray for them

Hati kecil ini kian gusar kerana secara amnya kita kian dipinggirkan oleh dunia sekular. Kita mungkin tidak lagi terkejut bila mana umat Islam di Palestin diracik- racik dengan penindasan, rampasan tanah, pembunuhan anak anak kecil, pemuda berwibawa, perempuan dan juga orang tua. di Mesir, Morsi ditumbangkan dengan rampasan kuasa. pemimpin yang adil ditumbangkan kerana dianggap tidak berpihak kepada masyarakat sekular. di Syria Ahli Sunnah Waljamaah pula diasak dengan fitnah pemberontakan, Malah dibunuh kejam oleh puak Syiah. Tapi tertanyakah kita pada diri, adakah kita peduli?

di satu lain aku tertanya- tanya, adakah kita cukup bersedia untuk menghadapi kekalutan seperti itu? dunia Malaysia jauh berbeza dengan dunia berkemelut di sana. ramai dari kalangan kita berfikiran sekular, dunia dan akhirat berpisah dan di antaranya terselit kebebasan. kebebasan untuk bersenang- senangan melakukan apa sahaja. ada kesempatan, hati leka inginkan kemaksiatan. dibutakan dengan media, kehidupan mendayu- dayu dalam kelekaan. mindset sudah dicabuli dengna kehidupan membuta- tuli. dunia tanpa had ini membunuh fitrah kemanusiaan.

sedang elok kita bersandar di kerusi empuk, saudara seislam kita bermati- matian perjuangkan syahid mereka. Tapi, bertanyakah kita... Apakah kita cukup sifat Islam dalam diri kita?

Dari sudut itulah, aku bersama beberapa rakan menubuhkan blog ini. Dengan itu, kami yang menaip ini juga berharap diri kami dan pembaca- pembaca sekalian dapat bermuhasabah dan berusaha memperbaiki diri. In sya Allah, banyak artikel berguna akan kami tulis untuk tatapan semua. Terima kasih.

- RazmanKamarudin-

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana membaca. Teruskan membaca artikel yang lain.